Tun M mahu pemerintahan tak memihak mana-mana parti



Beberapa hari berdiam diri, Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad petang ini mendedahkan akan membentuk pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang.

"Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

Loading...

“Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan langsung di kaca TV.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah debaran berkaitan penjajaran semula politik dan pentadbiran negara.

Perkembangan mengejutkan itu menyaksikan runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan dan peletakan jawatan Mahathir.

Loading...

Beliau bagaimanapun dilantik sebagai perdana menteri sementara selepas pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Agong menemu bual semua anggota Dewan Rakyat tetapi keputusannya masih belum diumumkan.

'Saya tak harap disukai ramai'

Loading...

Sementara itu, Mahathir berkata tidak kisah dengan penerimaan awam terhadap tindakan terkininya.

“Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai perdana menteri sementara.

“Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong.

Loading...

“Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

Beliau juga menegur sikap terlalu mengutamakan politik sehingga melupakan masalah negara.

“Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara,” katanya. – Mkini

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram