Khalid tarik balik kenyataan 'Hadi tak center'



Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, hari ini menarik balik kenyataannya mengenai Abdul Hadi Awang dan memohon maaf kepada presiden PAS itu.

Khalid berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas mendapat nasihat daripada Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang.

Loading...

"Saya dengan ini menarik balik kenyataan yang mengatakan presiden PAS sudah tidak center dan meminta maaf.

"Saya tidak berniat untuk membuat serangan peribadi kepada beliau, tetapi pada masa sama saya tetap mempertahankan hujah saya (bahawa) PAS bukan model politik Islam.

"Bagi saya Ustaz Hadi telah mengkhianati perjuangan sebenar PAS yang ingin dihayati sebagai perjuangan Islam yang bebas perkauman dan bebas penyelewengan apabila beliau sedia bekerjasama dengan Umno dan menyertai kerajaan Perikatan Nasional," katanya.

Loading...

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang turut disiarkan secara langsung di Facebook Malaysia Dateline.

Pada 10 Mac lalu, dalam satu temu bual, Khalid menyifatkan Abdul Hadi sebagai "tidak center" ketika menjawab soalan berhubung kenyataan anggota parlimen Marang mengenai PAS sebagai model politik Islam yang boleh dicontohi kerajaan Pakatan Nasional. – Mkini

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat celupar, Khalid Samad dipukul orang ramai?


Join our Telegram Channel
Telegram