
Memang benar PM ke-8 adalah Menteri KDN yang jaga Polis masa PDRM memberi kelulusan untuk acara Tabligh.
Akan tetapi, PDRM hanya ikut dasar kerajaan masa itu.
Selagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat untuk Covid (pengerusi ialah Wan Azizah masa itu) tidak menghalang acara umum atau perhimpunan besar, PDRM tiada sebab untuk halang himpunan Tabligh.
Loading...
Lagipun dua minggu sebelum PDRM memberi kelulusan bertulis pada 12 Feb 2020 untuk acara Tabligh, sebuah Masjid yang cuba menghalang pelawat asing telah ditegur oleh PM ke-7 sebagai tidak bertanggungjawab dan diarahkan untuk membatalkan halangan.
29 Jan 2020: Halang pelancong masuk masjid perbuatan tidak bertanggungjawab" - Tun Mahathir
Rujuk artikel di sini
Sebab itu, PDRM mana berani nak halang perhimpunan Tabligh masa itu?
Nanti tak pasal-pasal terkena sounding oleh PM ke-7 juga. – Najib Razak
Loading...
![]() |
Konon nak kenakan Najib. Sekali Najib dedah, kena balik. Pusing macam mana pun meang salah PH rupanya. |
![]() |
Baca artikel penuh di sini. |
SOALAN:
Pada 18 April 2020, Dr Dzul tanya PM ke-8 yang juga bekas Menteri KDN kenapa pihak polis pada 13 Feb 2020 luluskan perhimpunan Tabligh.
"Tanya KDN kenapa lulus himpunan tabligh, Dzulkefly balas kenyataan menteri kesihatan"
JAWAPAN 1:
29 Januari 2020, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (Nadma) untuk Covid-19 seperti yang dilaporkan FMT berkata:
"Kerajaan tidak mengenakan sebarang halangan untuk perhimpunan atau persidangan berskala besar, termasuk sambutan Thaipusam pada 8 Feb.."
Rujuk kenyataan tersebut di sini.
JAWAPAN 2:
Pada 12 Feb 2020 (sehari sebelum pihak polis luluskan perhimpunan Tabligh), Dr Dzul jawab:
"Tiada keperluan untuk menunda aktiviti yang melibatkan orang ramai seperti majlis keramaian atau penutupan sekolah seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)."
Ya, PH lawan saranan WHO dan memandang rendah amaran WHO. Rujuk sendiri kenyataan beliau di sini.
Melayu (PAN) mudah lupa. – Najib Razak/Cinca


ARTIKEL BERKAITAN:
- PH gagal bendung Covid-19 sejak bermula dari kluster Tabligh – Dr Adham Baba
- Syed Saddiq salahkan Muhyiddin punca wujud kluster Tabligh
- Kuster tabligh: Lid salahkan PDRM
- Najib dedah punca Covid-19 tersebar memang salah kerajaan PH, ini buktinya
Join our Telegram Channel