Pesuruhjaya PAS Negeri dilantik penasihat agama Ketua Menteri Melaka



MELAKA - Kerjasama antara Pas dan UMNO di Melaka mampu memberikan satu kekuatan baharu terutama dalam usaha mengekalkan negeri ini pada PRU15.

Kerjasama itu bertambah kuat lagi pada hari ini apabila Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek kini dilantik sebagai penasihat agama kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali.


Loading...

Kamaruddin semalam dilihat memulakan tugas sebagai penasihat agama kepada ketua menteri memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah dalam menggalas tanggungjawab.

Sebelum ini Kamaruddin berkata, walaupun PAS tiada kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, gabungan membabitkan parti PAS dan Umno adalah untuk kepentingan masyarakat keseluruhannya.

Beliau berkata, apa yang penting adalah kepentingan Islam tidak diabaikan dan pada masa sama memberi perhatian kepada agama lain.


Loading...

“Apapun PN berbeza dengan pemerintahan ketika zaman BN dan Pakatan Harapan (PH), berikutan ia membabitkan penyertaan PAS yang akan turut memberi sumbangan dan idea kepada moral Islam.

“Justeru, kami amat mengharapkan pembentukan ini akan memberi faedah yang lebih baik dan positif untuk semua aspek kerohanian, pembangunan fizikal dan ekonomi,”katanya. – Cinca





Join our Telegram Channel
Telegram