AYER KEROH 22 Julai – Pembinaan lokasi Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) di negeri ini akan diubah dari lokasi asal di Ayer Keroh kepada kawasan Durian Tunggal dan Ayer Panas Bemban di Jasin.
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri Datuk Roslan Ahmad berkata, projek HSR akan dibangunkan berhampiran bandar hijau serta mengambil kira aspek reka bentuk stesen berkenaan.
Loading...
“Bagaimanapun untuk kos peruntukan HSR ini kita masih belum dapat nyatakan lagi kerana ia masih di peringkat kajian.
“Projek ini diangkat semula oleh jemaah-jemaah menteri di mana ia harus dilaksanakan demi kebaikan rakyat serta penjanaan ekonomi antara dua negara serta negeri yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan lisan Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam) mengenai lokasi serta kemudahan HSR pada hari ketiga Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Loading...
Jelasnya, bagaimanapun pembinaan HSR itu turut menekankan aspek pengurangan kos projek termasuk penjajaran semula laluan di kawasan terlibat.
“Yang penting projek ini kita tekankan dari segi pengurangan kos, penjajaran semula laluan serta stesen-stesen yang akan dibina sepanjang laluan antara Singapura dan Kuala Lumpur,” katanya. – Melakahariini.my
ARTIKEL BERKAITAN: [Video] Persidangan DUN Melaka 22 Julai 2020 | Sesi Pagi
Join our Telegram Channel