Mama sudah jumpa polis, Cik B mengaku pandu kereta



ANAK kepada Datuk Seri Vida, Cik B mengaku beliau adalah remaja yang dicari oleh pihak polis kerana memandu bawah umur.

Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen Muhamad Amin, 15, berkata ibunya yang juga usahawan kosmetik sudah berjumpa pihak polis berhubung insiden berkenaan.

“Ya dalam video itu ia adalah saya. Ia tahun 2018, tapi (memandu) hanya di kawasan rumah sahaja.

“Masa mula-mula viral tak ada apa-apa tapi sebab ada kes baru babitkan budak berusia 9 tahun bawa lori… saya kena juga.



“Mama sudah jumpa polis dan mungkin isu ini sudah diselesaikan, ” ujarnya kepada mStar.

Tambah Cik B, dia menyerahkan kepada ibunya untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

Polis sedang mengenal pasti identiti seorang remaja perempuan bawah umur memandu sebuah kereta di kawasan perumahan yang videonya tular di laman sosial Facebook ‘Sayang-sayang DSV’.

Video berdurasi 33 saat itu dipercayai dirakam pada 2018 lalu di kawasan berhampiran Meru Hills di sini.



Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

“Satu laporan polis dibuat Pegawai Trafik Daerah Ipoh berkenaan video tular tersebut dan siasatan lanjut diteruskan untuk mengenal pasti identiti pelaku dan butiran kenderaan di dalam video berkenaan.

“Dalam video sama juga, terdapat suara seorang wanita sedang berbual dengan remaja tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan individu di baw4h umur memandu kenderaan motor.



“Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu kenderaan motor tanpa lesen.

“Pihak polis sangat menitik beratkan keselamatan pengguna jalan raya dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah lalu lintas di daerah ini yang melanggar peraturan dan undang-undang lalu lintas.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan lalu lintas,” katanya.

Menerusi carian di Facebook, difahamkan akaun ‘Sayang-Sayang DSV’ dikenlaikan sendiri oleh jutawan kosmetik yang juga Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida. – Mstar / LobakMerah / Gempak / Vanilla

ARTIKEL BERKAITAN: [Video] Polis cari anak Dato' Seri Vida Cik B bawah umur pandu kereta



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram