![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVETNLKBI2h02gkuwzVzW6bwW-7OI3FvfTTKx1lHEvCSAfxDUX2sBLs3BFoGWYh-TC28tOmNIbgTkMAqyJcv1SmzdzvDNM7ehnLpR_Nzv4PgxKfk-YEs1r_POKO75tdSb3CtdZpfaNKHQZ/w640-h334/kabinet-darurat.webp)
Kabinet bersetuju dengan pelaksanaan "darurat" bagi menangani penularan
Covid-19.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan
oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.
“Tunggu pengumuman,” kata seorang menteri yang enggan namanya didedahkan
ketika dihubungi Malaysiakini.
Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan
ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.
Sementara itu, memetik sumber, The Malaysian Insight melaporkan perkataan
“darurat” itu harus dipakejkan semula supaya tidak mencetuskan rasa panik di
kalangan rakyat.
“Mereka tak akan panggil darurat, tetapi nama baru lain. Sesuatu yang
berkaitan dengan Covid-19,” menurut sumber itu.
Malaysiakini difahamkan Muhyiddin dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong
bagi mendapatkan perkenan baginda.
Bagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahkan.
Sementara itu, PN BBC Portal melaporkan kerajaan akan mengumumkan “darurat
kesihatan” dalam tempoh terdekat bagi lebih tumpuan kepada usaha menangani
isu penularan Covid-19.
Memetik sumber, portal rasmi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional
(PNBBC) itu berkata Muhyiddin sudah mendapatkan pandangan polis, tentera,
Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Peguam Negara, dan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).
“Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia bukan perintah
berkurung dan mereka masih boleh keluar dari rumah untuk membeli barangan
keperluan harian seperti biasa dengan syarat perlu mematuhi SOP ditetapkan
kerajaan,” katanya. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
Join our Telegram Channel