PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mengemukakan 307 sebab dalam
rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan beliau atas
tujuh tuduhan melibatkan dana SRC International.
Antara hujah yang dikemukakan adalah hakim perbicaraan (Mohd Nazlan Mohd
Ghazali) khilaf dalam keputusannya untuk memanggil beliau membela diri
terhadap tuduhan penyelewengan kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang dan
seterusnya mensabitkan beliau.
Pada 28 Julai, Nazlan menjatuhkan hukuman 12 tahun atas ke atas Najib untuk
penyelewengan kuasa, 10 tahun untuk pecah amanah dan 10 tahun untuk pengubahan
wang melibatkan dana RM42 juta SRC International.
Nazlan mengarahkan hukuman berkenaan dijalankan serentak dan turut mengenakan
denda RM210 juta terhadap Najib.
Dalam petisyen rayuannya, Najib berkata hakim berkenaan gagal menimbang
pembelaannya bahawa Low Taek Jho, or Jho Low, memperdaya beliau dan
memanipulasi akaun banknya.
Najib juga mempertikaikan rumusan Nazlan bahawa penjelasan beliau mengenai
derma yang diberikan oleh Raja Abdullah lebih bersifat untuk faedah sendiri.
“Hakim terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa berdasarkan keseluruhan
keterangan adalah jelas bahawa Jho Low, Nik Faisal Ariff Kamil (bekas CEO SRC
International), Azlin Alias (bekas setiausaha sulit kanan Najib) telah
ditugaskan oleh perayu untuk memastikan terdapat wang yang mencukupi di dalam
akaun perayu,” kata Najib.
“Hakim telah terkhilaf dalam fakta dan/atau undang-undang apabila membuat
dapatan bahawa identiti pemindah wang bagi transaksi 2011 hingga 2013 tidak
menyokong kesahihan sumbangan Arab kerana kesemua pemindahan wang tidak
menunjukkan nama Raja Abdullah,” kata Najib.
Peguam beliau, Harvinderjit Singh berkata rayuan bekas perdana menteri itu
difailkan 19 Okt, setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan melanjutkan
pendaftaran petisyen berkenaan untuk 30 hari.
Join our Telegram Channel