Sesiapa sahaja yang mendapat kereta baharu pasti akan rasa teruja. Namun,
jangan seronok sangat sampai mengabaikan aspek keselamatan.
Begitu lah yang terjadi kepada seorang pembeli Kia Carnival di India.
Mungkin kerana teruja untuk memandu kereta baharu, dia kemudian melanggar
dinding di luar bilik pameran Kia di sana.
Lebih mengharukan, insiden itu didakwa dirakam secara langsung untuk
ditonton oleh ahli keluarga yang lain.
Klip video itu bermula dengan seorang perunding jualan memberitahu apakah
ciri-ciri yang ada pada MPV tersebut.
Selepas habis memberi penerangan, pemilik itu seakan-akan tidak sabar
memandu dan terus memecut laju sebelum melanggar dinding.
Pelanggaran tersebut dilihat cukup kuat sehingga menyebabkan beg udara
terpaksa diaktifkan.
Mujurlah pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Jelas
kelihatan bahagian bonet, bampar dan panel sisi rosak terulk.
Pekerja bilik pameran itu dikatakan bertindak pantas dengan terus membawa
MPV tersebut ke bengkel untuk dibaiki.
Ada yang beranggapan insiden berlaku kerana pemiliknya tidak pernah memandu
kereta automatik sebelum ini. – Mekanika
Please subscribe
Join our Telegram Channel