Aceh: Menyayat hati apabila dua beradik lemas dalam tangki kumbahan ketika ibu
mereka dipercayai asyik berkaraoke di dalam rumah.
Tribunnews melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Alurtani 1, Tamiang Hulu,
pada Selasa lalu.
Mangsa, Alfizil Aini, 4, dan adiknya, Zikra Hidayatullah, 2, dilaporkan
meninggal dunia di dalam tangki berkenaan.
Ketua Polis Tamiang Hulu, Delyan Putra memberitahu tangki itu terletak di
belakang rumah mangsa.
Katanya, tangki itu sebenarnya sedang dibersihkan ibu mangsa, Suhar, 35,
manakala kedua-dua anaknya bermain di kawasan itu.
"Suhar berehat sebentar dan menghabiskan masa itu dengan berkaraoke, dengan
nada suara yang tinggi.
"Tidak lama selepas itu, baru Suhar tersedar kedua-dua anaknya tidak berada di
dalam rumah.
"Selepas keluar mencari, wanita berkenaan menemui mangsa di dalam kolam
berkenaan," katanya.
Menurut Delyan, Suhar menjerit ketika melihat keadaan anaknya tidak bergerak
di dalam lubang berkenaan
Jeritan itu didengari jirannya, Sumarlan, 38, yang melompat ke dalam tangki
untuk menyelamatkan mangsa.
Sumarlan berusaha membawa mangsa ke bidan desa untuk mendapatkan rawatan awal.
Join our Telegram Channel