Kuala Lumpur - Exco Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Azri Wan
Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo membidas netizen yang menghina
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tiada otak.
Semalam, netizen atau tentera bawang telah menghujani komen di Facebook
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi semasa lawatan rasmi Muhyiddin ke
Indonesia semalam.
Azri menulis dalam satu komen di page Jokowi,
"Netizen tidak ada otak yang cakap begitu pada Perdana Menterinya."
Azri turut menulis di facebook beliau tentang perkara ini. Luahan beliau,
"Tak suka atau benci macam mana kita dengan pemimpin negara jangan lah aibkan
hingga ke negara luar. Dalam rumah kita, nak gasak kita gasak lah. Belajar lah
kematangan dalam hidup.
Saya rasa malu bila mana gerombolan mereka rakyat Malaysia masuk komen dalam
FB Bapak Presiden Indonesia Jokowi dengan melemparkan bermacam macam komen
yang pada Saya tidak matang dan jelek.
Malah ada rakyat Indonesia yang komen rasa pelik dan terkejut dengan komen
komen dari rakyat Malaysia menghina mencerca memaki malah membabi butakan YAB
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kaget mereka dengan sikap segelintir
rakyat kita.
TSMY merupakan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik oleh YDP Agong. Saya
bukan lah gemar dengan TSMY apatah lagi hari ini krisis Covid gagal diurus
tadbir kerajaan. Tetapi beliau adalah PM kita. Nak kritik atau kasar sekalipun
bahasa nya biar lah dalam rumah kita.
Adalah mengaibkan Malaysia bila mana Perdana Menteri kita sendiri diaibkan
rakyat nya dinegara jiran. 2021 dah ni, bila kita nak berubah jadi lebih
bertanggungjawab dan matang?"
Selain dari itu, Azri turut memuat naik sebuah video di Youtube tentang
perkara yang sama. Video tersebut boleh ditonton disini
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel