Kota Kinabalu: Program Ustaz Ebit Lew di kawasan sekitar pulau di Semporna
terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, lokasi terbabit
dikenakan perintah kawalan berkurung dan keselamatan orang ramai menjadi
keutamaan pihak berkuasa.
"Perintah berkurung dilaksanakan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan
tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat
Sabah.
"Ia tiada kena mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di mana-mana kawasan di negeri ini.
"Cuma kita minta beliau (Ebit Lew) rujuk dengan pihak berwajib, ia adalah bagi
mengenalpasti status pulau dan penduduk terbabit," katanya hari ini.
Menurut Hazani, polis mengalu-alukan kerjasama mana-mana NGO untuk
menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan memerlukan.
Bagaimanapun, menurut Hazani, mereka digalakkan untuk merujuk dengan pihak
berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu
atas faktor keselamatan semata-mata.
"Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang
program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Ebit Lew beli 100 tab untuk pelajar yang memerlukan
- Ebit Lew pasang internet di Lahad Datu
- Ebit Lew mulakan misi 10 hari hantar bantuan di Sabah
- Siapa Tuhan? Tuhan tu apa? Ebit Lew Islamkan lebih 150 suku Bajau Laut
- Ebit Lew dikecam tukar bantuan dengan masuk Islam
- Ebit Lew tak dibenar teruskan bantuan di pulau Lahad Datu
- Program Ebit Lew dihentikan atas faktor keselamatan
Join our Telegram Channel