Semalam adalah hari bersejarah untuk negara apabila bekalan pertama vaksin
Covid-19 tiba.
Pesawat Malaysia Airlines MH604 dihiasi Jalur Gemilang yang membawa kumpulan
pertama bekalan vaksin COVID-19 Malaysia selamat mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi tadi.
Vaksin Pfizer-BioNTech itu diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300
dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium, dengan
penerbangan membawa vaksin itu berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan
Terbang Leipzig Halle, Jerman.
Ketibaan pesawat yang membawa 312,390 dos vaksin dengan penerbangan
Passenger-to-Cargo (P2C) itu disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham
Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan; Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri
Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, seperti ada sesuatu yang tidak kena apabila hubungan Dr
Noorhisham dan Dato Seri Dr Adham dilihat agak 'dingin' kerana Dr Noorhisham
telah memotong (crop) imej Dr Adham di twitter beliau, manakala Dr Adham tidak
membuat begitu.
Ini video di Twitter Dr Adham
Admin | Datuk Seri Dr Adham Baba dan Tan Sri Dr @DGHisham menunjukkan sebahagian vaksin #COVID19 keluaran Pfizer yang tiba di KLIA pagi ini. #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita @KKMPutrajaya #YBDSAB pic.twitter.com/jn8j74qy3T
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) February 21, 2021
Ini pula video di Twitter Dr Noorhisham,
It’s a historical morning 21022021 to watch the arrival of the vaccine, a symbolic to all our blood, sweat, tears & sacrifices. Its a new frontier, different battle & strategy giving a glimmer of hope to see light at the end of tunnel.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 21, 2021
Nobody is safe until everyone is safe. pic.twitter.com/se07DaYVxL
Netizen mempersoalkan adakah hubungan kedua dua tokoh ini tidak berapa baik.
Dr Noorhisham dilihat lebih menonjol berbanding Dr Adham kerana beliau lebih
kerap muncul di kaca telivisyen manakala Dr Adham dilihat lebih kepada membuat
kerja dibelakang tabir.
Join our Telegram Channel