Selepas terpalit dengan isu murtad dan kini menjadi buruan JAIS, Nur Sajat
atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dikatakan hilang dari ‘radar’ sehinggakan akaun media sosial Instagramnya juga telah dinyahaktifkan.
Susulan itu, netizen kini berpusu-pusu ‘melawat’ ke akaun Tiktoknya pula untuk
meninggalkan komen peringatan serta nasihat supaya dia tidak melakukan perkara
melulu terutama melibatkan hal agama Islam.
“Awat ada lambang salib kat profil tiktok?”
Namun apa yang mencurigakan netizen ialah di profil akaun TikTok Sajat,
kelihatan lambang salib diletakkan di bahagian ‘bio’ yang sekaligus
menimbulkan persoalan ramai.
Lambang emoticon berbentuk salib di profil TikTok usahawan kosmetik ini telah
menimbulkan rasa pelik di kalangan netizen sehingga ramai yang bertanya apa
sebabnya dia menggunakan lambang tersebut.
Hal ini sekaligus membuatkan netizen berspekulasi mengenai status agama Sajat
yang berkemungkinan sudah keluar daripada Islam. Allahuakhbar!
“Kenapa keluar Islam… kita patut bersyukur apa yang kita ada”
Walau bagaimanapun, tak semua komen yang ditinggalkan di bahagian Q&A
aplikasi tersebut mengecamnya, malah ramai juga yang memberi kata-kata
semangat supaya Sajat kembali ke pangkal jalan.
Join our Telegram Channel