Najib dinamakan sebagai perdana menteri paling pemurah



PETALING JAYA: Pemerhati politik berkata, populariti Najib Razak dalam satu bancian terbaru berhubung calon perdana menteri adalah hasil dasar awam yang berkesan serta kemampuannya untuk bekerja dengan banyak orang daripada pelbagai latar belakang.

Penganalisis politik Barjoyai Bardai dan Kenneth Cheng percaya Najib kekal berpengaruh kerana beliau merupakan perdana menteri pemurah dengan dasar yang mengutamakan rakyat, berbanding kapitalis pasaran bebas.

Seorang penganalisis lain Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kempen “Bossku” Najib merupakan salah satu slogan paling berkesan di media sosial yang memaparkannya sebagai mangsa pergelutan kuasa terutamanya di tangan Dr Mahathir Mohamad.

Najib memperoleh hampir separuh undian dalam bancian terbaru oleh UtusanTV yang menyaksikan 53,105 orang menyertainya.

Hampir separuh memilih Najib sebagai calon pilihan perdana menteri berikutnya.


Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendapat tempat kedua dengan 11,050 undi, diikuti Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendapat 6,938 undi.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memperoleh 424 undi, sementara menteri Kabinet Mohamed Azmin Ali 176 undi.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Razak berkata, Najib memulakan banyak program kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M (kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup) yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

Najib juga mengubah sistem ekonomi Malaysia daripada sebuah sistem kapitalis pasaran bebas yang mementingkan penswastaan kepada model yang lebih berteraskan masyarakat.

Barjoyai berkata, beliau tidak terkejut jika ramai orang muda menyokong Najib susulan program awamnya.

Bagaimanapun katanya, amalan rasuah bukanlah sesuatu yang boleh diterima dan Najib kini berdepan perbicaraan di mahkamah kerana dakwaan rasuah melibatkan 1MDB.


Beliau berkata, kerajaan Najib berkesan dari segi proses penyampaiannya dan “mempunyai falsafah”. Beliau menggunakan strategi lautan biru dan mempunyai agenda pembangunan jangka panjang.”

Hadi menduduki tempat kedua susulan sesetengah responden merasai kerajaan “pimpinan Islam” (Kedah, Kelantan dan Terengganu dipimpin oleh PAS) dan “mereka percaya jika ini diperkuatkan, Malaysia boleh muncul sebagai sebuah negara pimpinan Islam yang berkesan.”

Namun penganalisis politik Kenneth Cheng berkata, ia juga mungkin berpunca daripada perasaan nostalgia terhadap sebuah kerajaan yang stabil seperti yang diketuai oleh Najib sebelum ini.

Tanpa mengambil kira skandal 1MDB, Najib merupakan perdana menteri yang kompeten dengan beberapa projek awam yang memberi manfaat kepada rakyat seperti projek kereta api transit dan Klinik 1Malaysia.

Cheng, seorang anggota Agora Society berkata, pengundi Cina dan India melihat Najib sebagai perdana menteri yang liberal.

“Jika anda teliti betul-betul, hanya kes 1MDB merosakkan (reputasi Najib).”


Barisan Nasional (BN) bagaimanapun telah kehilangan sokongan pengundi Cina pada saat Najib mengambil alih kepimpinan kerajaan pada 2009.

Cheng berkata, “Najib cuba menarik semula pengundi Cina, tetapi pada masa itu ia sudah terlambat.”

Beliau berkata, susulan itu Najib memberi tumpuan kepada agenda Bumiputera, “yang sememangnya merupakan asas sokongan kepada beliau.”

Cheng percaya, sukar bagi Najib untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

“Beliau perlu menjadi presiden parti dan berdepan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Beliau tidak akan melakukannya.

“Peluang beliau tampak tipis,” katanya.


Kartini berkata, beliau tidak pasti sama ada Najib akan terus menjadi pilihan rakyat.

“Terdapat fraksi dalam Umno dan respons yang diterima daripada ahli yang berlainan mungkin akan memberi hasil yang berbeza,” katanya kepada FMT.

Bagaimana dasar awam Najib seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dasar diplomatik proaktif dengan China merupakan langkah tepat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

“Mungkin itu yang menyebabkan beliau terus mendapat sokongan,” katanya. – FMT

 
Bancian UtusanTV menunjukkan pilihan perdana menteri responden.



Join our Telegram Channel
Telegram