Berdasarkan kajian yang dibuat oleh dua organisasi media, Sinar Harian dan Sin
Chew Daily, Pakatan Harapan dijangka akan membentuk semula kerajaan
Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang jika ia diadakan dalam masa
terdekat.
“Di Semenanjung PH++ boleh dapat dalam 98 kerusi, tambah dalam 17 kerusi dari
Sabah dan Sarawak.
“PH++ boleh dapat sehingga 115, cukup untuk bentuk kerajaan pusat walaupun
tanpa sokongan Warisan,” kata penganalisis berkenaan berdasarkan kajian itu.
Data sokongan kepada parti-parti politik berdasarkan kajian yang dibuat oleh
Sinar Harian dan Sin Chew Daily baru-baru ini.
Kajian yang dibuat oleh Sinar Harian dan Sin Chew Daily itu mendapati, tiga
parti Pakatan Harapan akan mendapat sokongan sehingga 34.05 peratus
undi, iaitu yang tertinggi dalam gabungan parti-parti yang ada.
Dalam kajian itu, PKR dikatakan akan mendapat 14.41 peratus, DAP (12.06)
manakala AMANAH pula 7.58 peratus.
POPULARITI AMANAH SAMA DENGAN PAS
Yang menariknya, populariti AMANAH adalah sama sahaja dengan parti induknya
Pas yang mendapat 7.58 peratus undi juga.
Dalam kajian yang dibuat oleh Sinar Harian dan Sin Chew Daily itu juga,
gabungan PN tanpa Umno (Bersatu, Pas, Gerakan dan GPS) pula akan mendapat
16.34 peratus sahaja.
Barisan Nasional (Umno – 10.46), MCA – 2.66 dan MIC – 1.22) pula akan mendapat
14.54 peratus undi sahaja.
Ini bermakna, jika digabungkan antara undi PN dan BN, jumlah peratusan undi
yang mereka perolehi hanya 30.88 peratus sahaja, lebih rendah dari PH.
Apatah lagi kalau kedua-dua mereka, Umno dan Bersatu tidak boleh bekerjasama
dan berlaku pertandingan tida penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
Dari survei Sinar dan Sin Chew Daily itu juga didapati populariti Pas jatuh
mendadak dari sekitar 20 peratus pada PRU14 jatuh ke sekitar 10 peratus
sahaja.
Berdasarkan data itu, seorang pengkaji meramalkan, keputusan pilihan raya umum
akan datang jika diadakan dalam masa terdekat tidak banyak beza dengan PRU 14
lalu.
“Sekiranya parti-parti dalam kerajaan PN sekarang kekal bergabung, MN + PN
mereka masih boleh dapat dalam 67 kerusi di Semenanjung + 11 kerusi dari Sabah
menjadikan mereka akan mendapat 78, iaitu mengekalkan kebanyakan kerusi yang
ada dan menjadi quite a respectable opposition.
Join our Telegram Channel