KUALA LUMPUR: Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza dibebaskan daripada tahanan
reman, selepas ditahan sejak petang Jumaat.
Peguamnya, Rajsurian Pillai, memberitahu FMT, Fahmi keluar dari Balai Polis
Dang Wangi pada 5.55 petang hari ini.
Tambahnya, polis telah merekodkan kenyataan Fahmi dan mengambil cap jarinya
sebagai sebahagian siasatan.
“Fahmi kini bebas dengan jaminan polis,” kata Rajsurian. Selain Rajsurian,
peguam Yohendra Nadarajan turut mewakili Fahmi.
Terdahulu hari ini, Mahkamah Majistret hanya membenarkan polis mereman Fahmi
selama sehari bagi siasatan hasutan berhubung “playlist” Spotify yang
dikatakan mempersendakan Raja Permaisuri Agong berhubung kenyataan baginda di
Instagram.
Polis pada mulanya meminta perintah reman empat hari.
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah mengongsikan di akaunnya
mengenai memasak hidangan popular tempatan seperti bubur lambuk, roti john dan
cucur jagung di dapur istana.
Susulan itu, seorang pengikut kemudian menyoal sama ada tukang masak istana
turut disuntik vaksin Covid-19, yang dijawab baginda, “Dengki ke?”
Jawapan itu pantas menjadi popular di Twitter dengan ramai pengguna turut
menggunakannya sebagai tanda pagar.
Fahmi membuat pelbagai “playlist” di Spotify dengan tajuk “This is dengki ke?”
yang memaparkan gambar Permaisuri Agong.
“Playlist” berkenaan kemudian diturunkan Spotify, menyebabkan artis itu
berpindah menggunakan Apple Music.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari membuat laporan polis terhadap
Fahmi kerana mendakwanya menghina Permaisuri Agong.
ARTIKEL BERKAITAN:
Bebas! #DengkiKe #KitaSemuaPenghasut
Posted by Fahmi Reza on Saturday, 24 April 2021
Salah satu benda yang menyumbang ke arah pembebasan aku adalah sokongan dan solidariti daripada semua geng yang suarakan...
Posted by Fahmi Reza on Saturday, 24 April 2021
#DengkiKe
Posted by Fahmi Reza on Sunday, 25 April 2021
Join our Telegram Channel