KLANG – Suspek yang membelasah dan mengugut bunuh dua
‘bodyguard’ kerana berpuasa dikesan giat menjalankan aktiviti pinjaman
wang secara haram dan perjudian.
Sindiket haram itu terbongkar susulan siasatan polis ke atas lima suspek yang
terlibat dalam insiden belasah dan ugut itu selepas penahanan mereka di Klang
Selatan dan Kuala Lumpur.
Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, syarikat yang
menjalankan kegiatan jenayah itu adalah milik suspek utama iaitu ahli
perniagaan bernama Cheung berusia 43 tahun yang direman tiga hari bermula hari
ini.
Susulan tangkapan, polis melakukan serbuan di sebuah rumah milik salah seorang
suspek di Klang dan menemui wang tunai US$12,500 dan 100 keping gold bar
anggaran berat 100 kilogram iaitu 1 kilogram setiap keping dan jumlah rampasan
bernilai RM28.45 juta.
“Kita turut merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru milik salah seorang
mangsa dan ia adalah kepunyaan syarikat kawalan keselamatan serta berlesen.
“Namun kita sedang menyiasat status lesen pistol itu,” katanya dalam sidang
media khas insiden itudi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini.
Dalam serbuan di Bukit Tinggi Klang itu, katanya polis turut merampas lima
telefon bimbit disyaki milik kesemua suspek termasuk rotan yang digunakan
suspek memukul dan mencederakan mangsa.
Menurut Arjunadi, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 324, 298 dan 307 Kanun
Keseksaan serta kertas siasatan telah dibuka dan sedang disiasat.
Malah katanya, kesemua suspek turut dilibatkan dalam sisasatan di bawah
Seksyen 41 dan 5(2) Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).
“Siasatan lanjut polis mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod
lampau tetapi hasil siasatan awal polis mendedahkan suspek terlibat dalam
aktiviti haram, ah long dan judi haram.
“Kita akan menyiasat secara lebih mendalam dalam semua aspek menggunakan
segala ruang seksyen yang ada membabitkan syarikat majikan itu dan sindiket
kegiatan haram yang dijalankan mereka,” katanya.
Dalam perkembangan kes berkaitan, beliau mengesahkan dua kejadian di dua
tempat berbeza membabitkan dua mangsa yang sama.
Insiden pertama di kondominium mewah One KL Condominium Complex, Jalan Pinang
pada Selasa malam manakala lokasi kedua di sebuah rumah di Batu Nilam, Bukit
Tinggi Klang.
Menurut Arjunaidi, polis bertindak pantas selepas menerima aduan dari salah
seorang mangsa yang berusia 26 tahun sekitar jam 4 petang.
Siasatan awal polis mendapati pengadu dan rakannya bekerja di bawah sebuah
syarikat GMP Kaisar Sekuriti Sdn Bhd., yang mana mereka telah dilantik sebagai
pengawal rapat (bodyguard) kepada suspek utama (majikan) yang berusia
43 tahun itu.
“Mangsa dalam laporan itu mengadu dia dan seorang lagi rakannya menjadi mangsa
dipukul majikan akibat perselisihan faham apabila mereka diarahkan majikan
supaya jangan berpuasa.
“Kemudian majikan mengambil pistol kepunyaan rakan pengadu
(bodyguard) dan mencerkah serta mengacu pengadu dan rakan dengan
kata-kata ugutan serta hinaan sebelum pengadu dan rakan menghalami kecederaan
di badan kepala dan lemhan dan sedang dirawat di Hospital Besar Klang.
“Pasukan IPD Klang Selatan berjaya mencekup keempat empat suspek beberapa jam
selepas kejadian itu termasuk suspek utama oleh polis Dang Wangi yang kini
direman tiga hari hingga Sabtu ini.
“Kesemua suspek berusia lingkungan 35 hingga 47 tahun dan berjaya mendapatkan
reman untuk mereka yang mana seorang direman tujuh hari Rabu 22 April ini
manakala tiga lagi direman selama lima hari hingga Isnin depan,” katanya lagi.
Tegas beliau, masyarakat dinasihati supaya tidak membesarkan isu berkenaan
memandangkan ia adalah insiden bersifat peribadi antara majikan dan pekerja.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Lelaki dipukul, diugut bunuh majikan kerana puasa, U mahu ikut Allah atau ikut saya
- Empat lelaki pukul pengawal peribadi kerana puasa direman
- Kegiatan haram majikan terbongkar selepas pukul, ugut bunuh bodyguard kerana puasa
- Ugutan Yusuf Azmi isytihar perang, kepung Klang boleh diambil tindakan, kata polis
- Majikan pukul pekerja puasa mohon maaf pada umat Islam, Agong
- Majikan mengaku tak salah pukul pekerja puasa
![]() |
100 ketul jongkong emas yang dirampas. |
![]() |
Rotan yang digunakan untuk memukul mangsa. |
![]() |
Pistol yang dirampas. |
Join our Telegram Channel