Saya tak faham kenapa nama saya disebut sedangkan saya bukan presiden parti
mahupun ahli MKT UMNO.
Malah, saya mungkin tak dapat pertahankan jawatan ketua bahagian Pekan pun
jika hasrat kerajaan PN untuk
membankrapkan saya
berjaya.
Namun, sama ada Zahid kekal sebagai presiden atau diganti dengan pemimpin lain
secara mutlak ataupun secara sementara dalam masa terdekat bukan isu paling
penting sebab itu proses demokrasi melalui pemilihan parti dan keputusan MKT.
Akar umbi yang pilih, kita akur.
Yang paling penting ialah sesiapa yang ingin mengambil alih pimpinan tertinggi
parti perlu peka dan akur pada kehendak akar umbi.
Jika niat pemimpin-pemimpin "UMNO 3.0" ini ialah mengambil alih parti hanya
supaya UMNO akan sokong parti lain untuk menjadi PM maka ini bertentangan
dengan suara akar umbi yang tidak mahu bekerjasama dengan PPBM.
Kenapa pula mereka mahu sokong parti lain yang telah merampas puluhan kerusi
parlimen dan DUN UMNO termasuk di Sabah melalui lompatan katak, menindas UMNO,
pernah membeku akaun UMNO dan pernah cuba membatalkan UMNO?
Kenapa mereka mahu sokong parti yang ternyata gagal dalam pentadbiran ekonomi
dan Covid negara?
Kenapa mereka tetap sokong parti yang terus memberi alasan mengarut kenapa
parlimen tidak boleh bersambung dan demokrasi tidak dapat dipulihkan?
Kenapa mereka ingin sokong parti lain yang mendapat sokongan paling corot
dalam survei-survei seperti survei UUM, survei Sinar Harian-SinChew, IDE dan
UtusanTV baru-bari ini?
Adakah rancangan "scheme of things" untuk pecahkan UMNO sudah berjaya
dan ramai telah disogok dengan jawatan-jawatan kerajaan?
Jika niat pemimpin-pemimpin UMNO 3.0 ini adalah untuk menentang kehendak dan
suara akar umbi maka mereka akan dihukum dengan dashyat dalam pemilihan parti
yang melibatkan 160,000 perwakilan.
Ahli-ahli UMNO bukan tak sedar perkara-perkara yang saya sebut di atas.
Dan sejarah bakal berulang sebagaimana sebilangan pemimpin PAS kalah teruk
dalam pemilihan PAS tahun 2015 sebab mereka bertentang dengan suara akar umbi
PAS.
Dan akhirnya mereka yang kalah telah keluar dan membawa lari kerusi dari PAS
tubuh parti PAN.
Inilah kebimbangan saya. pada parti tersayang saya.
Join our Telegram Channel