Majlis Ulama Indonesia (MUI) akan menyiasat dakwaan mengenai solat tarawih 23
rakaat yang dilakukan dalam masa enam minit di sebuah sekolah di Kabupaten
Indramayu, Jawa Barat, lapor Sindo News.
MUI dalam kenyataannya berkata akan meminta ustaz atau pemimpin agama memberi
nasihat kepada mereka yang bertanggungjawab memimpin solat terbabit.
“Kami baru tahu, kami akan periksa nanti. Kerana struktur MUI mencapai tingkat
peringkat daerah.
“Nanti kami akan berkoordinasi dengan MUI Kabupaten Indramayu,” kata
Setiausaha Umum MUI Jawa Barat, Rafani Akhyar.
MUI bercadang untuk memberi nasihat dan pengajaran kepada ahli Kabupaten
Indramayu, mereka juga akan berkongsi ilmu mengenai solat terawih yang
dilakukan dengan pantas adalah tidak betul.
Selain itu, MUI juga akan mengajar mereka bahawa solat terawih adalah 20
rakaat dan tiga rakaat lagi adalah solat witir.
Mui menambah bahawa mereka berharap agar isu ini menjadi tanggungjawab
bersama.
Ia turut berharap agar para ustaz atau ulama di kawasan terbabit dapat turut
serta menasihatkan agar solat terawih diadakan dengan baik.
“Kami juga selalu mengingatkan orang ramai bahawa ketika kita melakukan solat
tarawih atau puasa, itu [mesti] dilakukan dengan ikhlas. Sehingga ada
pengajaran dan pelajaran yang dapat kita ambil,” jelasnya.
“Sekarang anda dapat bayangkan 23 rakaat dalam lima atau enam minit, dari mana
ia boleh dilakukan secara khusyuk atau tumaninah.
“Tumaninah bermaksud semua rukun solat dapat dilaksanakan,” kata Rafani
Akhyar. – Vocket
Please subscribe
Join our Telegram Channel