KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu hari ini membuat laporan polis berhubung
laporan sebuah portal berita yang mengulas tentang kedudukan Menteri Besar
Ahmad Samsuri Mokhtar yang didakwa dalam situasi genting ketika ini.
Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid berkata
laporan yang disiarkan itu adalah fitnah dan berniat jahat untuk mencemar
kredibiliti kepemimpinan Ahmad Samsuri.
“Saya percaya ini dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil
kesempatan dan mencari sokongan politik murahan ketika kerajaan dan rakyat
sedang berdepan ancaman pandemik Covid-19.
“Perbuatan fitnah ini hanya mahu menimbulkan prasangka buruk, mencetuskan
keresahan masyarakat dan kebencian memuncak terhadap kerajaan yang dipilih
secara demokratik,” katanya yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis
Daerah Kuala Terengganu pada 4.02 petang tadi.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Exco T'ganu terima hadiah Proton X70 dari tauke syarikat pelitup muka disiasat SPRM
- KECOH: Anak MB Terengganu gelar #RakyatRampah #RakyatKorup
- Anak bekas MB bidas anak MB T'ganu, jangan biadab sampahkan rakyat
- Muhyiddin lapor polis dakwa PAS difitnah isu kedudukan MB Terengganu genting
Join our Telegram Channel