MELAKA – Disaat pandemik melanda seluruh negara ketika ini, ramai
yang sedang diuji dengan pelbagai masalah.
Ini termasuklah kisah seorang lelaki warga emas yang terpaksa ‘menjual’
telefon bimbit bagi meneruskan kehidupan seharian.
Kisah menyayat hati warga emas itu dikongsi seorang netizen di laman
Facebook dikenali sebagai Kupit Fir.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku semalam ketika dia yang juga penjaja
di tepi jalan baru memulakan perniagaan.
“Pagi tadi waktu nak bukak khemah berniaga lalulah seorang pakcik ni
berjalan sambil menunduk, tergerak hati ini nak tegur, kemana pakcik, nak
beli air?
“Pakcik tu bagi tahu dia mencari kedai ‘handphone’ kerana nak menjual
telefon bimbitnya.
“Dia beritahu dah empat kali dia pergi bank menantikan duit bantuan, tapi
tak masuk- masuk lagi, buntu dengan duit tak ada jadi dia mencari kedai
‘handphone’ untuk menjualnya,” katanya di laman Facebook.
Menurut Kupit Fir, lelaki tersebut baru selesai menjalani pembedahan dan
bekas jahitan di perutnya masih merah lagi.
“Ya Allah tuhan menguji saya, rupanya ada orang susah ada orang tak makan,
ada orang tak tahu kepada siapa dia nak mengadu bantulah mereka,” ujarnya.
Sementara itu, rata-rata netizen mendoakan agar lelaki itu cepat sembuh dan
mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.
“Semoga Allah murahkan rezeki kepada penderma dan semoga pakcik cepat sihat
dan murah rezeki, amin,” tulis Saiful Anuar Arshad di ruangan komen. – Kosmo
Berikut adalah hantaran dari FB Kupit Fir:
Semoga urusan pakcik di permudahkan.. pagi tadi waktu nak bukak khemah berniga
lalulah seorang pakcik ni berjalan sambil menunduk.. tergerak hati ini nak
tegur., kemana pakcik... nak beli air..
Pakcik tu bagi tahu dia mencari kedai handphone kerana nak menjual handphone
nya.. dia beri tahu dah 4 kali dia pergi bank Bsn sehari ke hari mencucuk kad
ATM menantikan duit bantuan tak masuk-masuk lagi.., buntu dengan duit tak ada
jadi dia mencari kedai handphone untuk menjualnya..
Pakcik tu baru lepas operation bekas jahitan di perutnya masih merah lagi ia
menunjukkan kepada saya.. ya ALLAH tuhan menguji saya..
Saya baru bukak khemah dan masih belum ada jualan., itu bukan alasan untuk
kita membantu orang yang kesusahan.. tampa memikir panjang dengan niat
seikhlas hati lillahi Taala saya bantu jugak walaupun pakcik tu nak memberi
handphone nya kepada saya dan saya mengatakan tak mengapalah pakcik..
Pakcik tu kata kepada saya.. Anak tak kenal pakcik macam mana boleh nak bantu
pakcik.. saya pun menjawab tak apalah pakcik tuhan menguji saya dan melihat
hati saya.,
Inshallah semoga di permudah urusan pakcik.. pakcik tu terus mengankat tangan
dan mendoakan saya dalam keadaan sebak...
Ya ALLAH rupanya ada orang susah ada orang tak makan.. ada orang tak tahu
kepada siapa ia nak mengadu.. bantulah mereka...
Update 7ptg..
Kepada sesiapa bebesar hati ikhlas nak bantu pakcik itu saya dah hubungi dan
dapatkan no akaun pakcik itu..
Join our Telegram Channel