Dr M gagal, Pak Lah bailout, lepas tu baru muncul LCS – Najib



Pada tahun 1991 Limbungan TLDM telah dikoporatkan oleh kerajaan PM4.

Lalu ianya dijual pada tahun 1995 kepada syarikat swasta Penang Shipbuilding & Construction Corporation (PSC) untuk menjadi syarikat PSC-Naval Dockyard.

Pada tahun 1998, kerajaan memberi kontrak pembinaan untuk 27 buah kapal Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) dengan anggaran bajet sebanyak RM30 bilion kepada syarikat swasta tersebut.

Fasa pertama melibatkan pembinaan 6 kapal pertama dengan kos RM6 bilion.


Namun kontrak ini gagal dan tiada satu kapal pun diserahkan oleh PSC-Naval Dockyard sehingga Jun 2005.

Maka kerajaan melalui syarikat Boustead milik LTAT terpaksa bail-out projek ini dengan membeli kepentingan saham majoriti dalam syarikat PSC-Naval Dockyard pada Disember 2005.

Syarikat itu dijenamakan semula menjadi syarikat Boustead Naval Dockyard Sdn Bhd.

Biarpun BNS terbeban dengan cabaran hutang dan masalah legasi PSC-Naval Dockyard, ianya berjaya menyelamatkan projek tersebut dan menyerahkan 6 kapal NGPV antara tahun 2006 hingga 2010.

Masa itu, TLDM dan kerajaan tidak lagi berhasrat untuk meneruskan pembinaan baki 21 buah kapal NGPV yang bernilai sekitar RM24 bilion dan memilih untuk menggantikan projek ini dengan projek Littoral Combat Ship (LCS) yang menjadi kontroversi besar hari ini.


Sebab itu, letter of award diberi pada tahun 2011 untuk membenarkan BNS mula berunding dengan TLDM dan vendor untuk memajukan projek LCS dan untuk terus membina kebolehan serta kepakaran dalam industri pertahanan negara.

Namun, kontrak akhir untuk membina 6 buah kapal LCS yang jauh lebih besar dan canggih berbanding NGPV hanya ditandatangan pada Julai 2014 di mana pembinaan fizikal kapal LCS hanya bermula pada Januari 2015.

BNS memang akan mencatat keuntungan sekiranya diberi kontrak pembinaan 6 buah kapal LCS dan seperti didedahkan laporan PAC dan juga CEO LTAT, syarikat BNS telah menggunakan RM400 juta daripada bayaran pendahuluan bagi projek LCS untuk menjelaskan hutang lapuk bagi projek NGPV.

– Najib Razak

 

Join our Telegram Channel
Telegram