TUNTUTAN SAMAN RM25 JUTA KEPADA MALAYSIAKINI DAN RM25 JUTA KEPADA ASTRO AWANI
Ramai yang bertanyakan status saman terhadap Malaysiakini dan Astro Awani yang
mengeluarkan berita fitnah terhadap UMNO.
Untuk pengetahuan, Peguam yang mewakili UMNO sudahpun menghantar surat
tuntutan saman pemula sebanyak RM25 juta kepada pihak Malaysiakini dan RM25
juta lagi terhadap Astro Awani.
InsyaAllah, jika ada mana-mana lagi pihak termasuk individu yang memfitnah
UMNO dengan apa juga bentuk laporan, komentar atau berita palsu, saya dan
Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serupa.
Sudah tiba masanya untuk bertindak lebih agresif melalui saluran undang-undang
dibuat kerana UMNO sudah lama bersikap ‘gentleman’, membiarkan sahaja fitnah
berlegar sehingga mencetuskan persepsi negatif yang memudaratkan parti dan
seluruh warga pendokongnya.
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
30 Ogos 2022
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel