Speaker: Status Najib sebagai MP Pekan kekal buat masa ini



Status Najib Razak sebagai ahli Parlimen Pekan setakat ini kekal dan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan terhadapnya selesai, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

“Memandangkan petisyen pengampunan telah difailkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak di bawah Perkara 42 Persekutuan Perlembagaan pada 2 September 2022, iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan, maka kuat kuasa kehilangan kelayakan beliau sebagai ahli parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu dibereskan (sekiranya petisyen itu ditolak).


“Ini bermakna status Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak sebagai ahli parlimen Pekan pada masa in tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampuan itu dibereskan,” menurut Azhar dalam satu kenyataan hari ini.

[Berita lanjut menyusul]







Join our Telegram Channel
Telegram