Penduduk rakam pontianak berenang



PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial menunjukkan kelibat dipercayai pontianak di sebuah kediaman mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna.

Klip video berdurasi 45 saat yang dimuat naik di Twitter Shaeyful itu turut memaparkan makhluk tersebut berterbangan sehingga menimbulkan suasana menakutkan.

Bagaimanapun, detik seram dialami dua penghuni kediaman dalam video tersebut tidak dirasai pengguna media sosial lain, sebaliknya menyifatkan ia seakan-akan seperti sedang berenang.


Namun, tarikh dan bila klip video dengan kapsyen ‘bukan main ‘real’ (kelihatan sebenar) lagi pontianak ni’ dirakam tidak dapat dikenal pasti.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai lebih terhibur daripada berasa takut melihat ‘hantu’ berkenaan.

“Betul-betul ‘real’ ni sampai berenang pontianak,” kata seorang pengguna.

“Mitos hantu terbang adalah salah, hantu berenang ya anak-anak,” luah Kura.

“Ini bukan pontianak, ini ‘aquawoman’,” seloroh Haziq. – Kosmo





Join our Telegram Channel
Telegram