Kuala Lumpur: "Farid Kamil sudah melampau sangat sebab dia sentuh pasal keluarga saya, filem saya, dia sebut nama ayah saya. Oh, 'too much (terlalu banyak) man!," kata pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengenai tindakan undang-undang terhadap pelakon filem Remp-It itu.
Syamsul berkata, dia juga kesal dirinya cuba digambarkan sebagai lelaki kaki pukul sedangkan perkara itu tidak terbukti berlaku atau dia pernah berhadapan hukuman penjara diatas kesalahan dilakukan itu.
"Minta maaflah kepada keluarga Farid Kamil. Saya faham keadaan dia. Ketika dia buat hantaran-hantaran itu, mungkin kita juga tahu (keadaannya). Tapi, tak apalah saya sedar dan saya ambil tindakan undang-undang.
"Saya minta maaf cakap, kenapa saya tak masuk penjara sebab buktinya tiada. Tak ada bukti, benda tak betul. Kita pun dah berbelas tahun berlalu. Kau ada cerita kau, aku ada cerita aku, kisah ujian masing-masing, kita 'move on'.
"Tapi petik benda yang lepas. Nak saya buka ke cerita dah lama itu? Sebab kalau saya buka kebenaran cerita, malu pihak yang di sana. Jangan macam itu, saya ada anak perempuan, adik perempuan, jadi jangan gambarkan saya begitu (kaki pukul)," katanya.
Syamsul berkata, dia melihat apa dilaluinya sekarang sebagai ujian.
Katanya, mungkin juga ada kaitan dengan faktor ingin menjatuhkan kariernya dengan mereka cerita dia kaki pukul, jahat yang sekali gus dapat mempengaruhi orang lain.
"Jangan mudah percaya dengan apa yang anda baca. Malah, kalau anda tidak mahu mempercayai apa yang saya cakap di sini pun, terpulang. Tak percaya saya, tak mengapa. Sebabnya, saya dah cakap benda yang betul dan anda cuba fikirkan dengan akal waras.
"Tentang Farid Kamil, ada lagi tak dia nak cakap. 'Come on bro', tolong komenlah lagi. Bahan sekarang dah ada, saya menunggu, bagi lagi dan kutuk sedap-sedap. Semua itu saya perlukan untuk di mahkamah nanti.
"Saya tahu awak pun sibuk juga dengan urusan rumah tangga. Minta maaf untuk itu, tapi nanti pening pula pasal aku nak saman kau," katanya.
Syamsul berkata, dia juga tidak tahu apa masalah sebenar Farid dengannya.
Katanya, sejak dulu memang dia tak tahu apa yang kurang disenangi Farid terhadap dirinya dan enggan bercerita lanjut.
Baru-baru ini, Farid dipercayai menyindir Syamsul apabila mendakwa lelaki itu pernah memukul seorang wanita bernama Diana, namun tiada sebarang tindakan diambil.
'Diana' yang disebutkan dalam Insta Story Farid itu dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle.
Pendedahan Farid itu dibuat sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia pernah dipukul suaminya menyebabkannya keluar rumah sekitar 2020.
Syamsul dan Diana pernah menjadi pasangan kekasih sekitar 2005 sebelum hubungan itu terlerai pada penghujung 2008.
ARTIKELK BERKAITAN:
Join our Telegram Channel