Petisyen #PRU15: Hadi dipapah hadir ke mahkamah



KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, di sini bagi memberi keterangan berhubung Petisyen Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) Parlimen Marang.

Kedua-duanya tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi.

Mohd Nor tampil ke mahkamah susulan waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu berikutan kegagalan beliau hadir untuk memberi keterangan bersabit kes itu pada Khamis lalu.


Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya mengeluarkan perintah itu selepas peguam pempetisyen, Muhammad Amin Othman memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadap beliau.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Abdul Hadi tampil buat kali pertama pada Ahad bagi memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Pada 12 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak bantahan awal yang dikemukakan Abdul Hadi untuk membatalkan petisyen keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang yang difailkan calon BN.


Hassan kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan. − Sinar


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram