Suami sebar gambar bogel isteri selepas bertengkar



Seorang suami sanggup menyebarkan gambar bogel isterinya melalui media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp tetapi tindakan yang dilakukannya itu telah dilaporkan kepada polis, lapor portal berita detiksulsel hari ini.

Lelaki berusia 41 tahun itu melancong bersama isterinya ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal Mac lalu dan merakamkan gambar bogel isterinya selepas mereka berasmara, kata peguam bela wanita berkenaan, Diah Lestrai.

Menurut Diah, selepas itu, mereka melancong ke ke Turkiye pada Rabu lalu namun si isteri kemudian mendapati suaminya bersembang di laman sembang dengan wanita lain sehingga terjadi pertengkaran.


Pertengkaran itu menyebabkan si suami menyebarkan gambar bogel si isteri di Facebook dan WhatsApp.

“Mereka bertengkar karena adanya wanita lain dan saat itulah mangsa melihat foto bogelnya sudah disebar suami ke media sosial,” ujar Diah.

Si isteri kemudian pulang ke Indonesia dan melaporkan kepada polis Samarinda, Kalimantan Timur pada Sabtu lalu tentang penyebaran gambar bogel. – Agensi



Join our Telegram Channel
Telegram