'Buktikan saya salah', kata Dr M berkait kenyataan Raja-Raja tak boleh diharap lindung orang Melayu



PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mencabar pihak berkuasa untuk membuktikan kenyataan terbaharu beliau mengenai raja-raja Melayu adalah salah.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata sekiranya gagal berbuat demikian, ini bermakna soal-siasat oleh polis sebelum ini adalah satu bentuk ugutan.

“Jika apa yang saya cakap itu salah, buktikan. Jika tidak, menghantar polis untuk menyoal saya adalah satu bentuk ancaman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini dilaporkan, Mahathir didakwa menghina raja apabila berkata orang Melayu tidak boleh berharap kepada raja untuk “melindungi” mereka.


Polis pada minggu lalu polis berkata, pihaknya dalam proses mengemukakan hasil siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara.

Dalam hantaran itu, Mahathir berkata menghalang orang Melayu daripada bercakap mengenai “masalah mereka” adalah tindakan bersifat perkauman.

“Saya perlu akui bahawa saya merasakan kebebasan bersuara saya bukan sebahagian daripada reformasi yang dijanjikan,” katanya.

Katanya, beliau akan menjawab banyak soalan yang diajukan kepadanya sekiranya beliau didakwa di mahkamah terbuka. − FMT


ARTIKEL BERKAITAN:



 

Join our Telegram Channel
Telegram