Lelaki tular pukul kepala pemandu wanita diberkas polis



KUALA LUMPUR: Polis Perak menahan seorang lelaki yang dirakam memukul kepala seorang pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah, Perak, petang semalam.

Terdahulu tular satu video berdurasi 59 saat yang memaparkan seorang lelaki berbaju merah keluar daripada kereta PROTON Persona dipandunya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi pemandu wanita serta memukul kepala mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pemandu wanita berusia 24 tahun berkenaan dilemparkan kata-kata kesat oleh lelaki itu sebelum kepalanya dipukul.


Difahamkan lelaki itu sudah ditahan sebentar tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dikatakan akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat. − Bharian



Join our Telegram Channel
Telegram