Ku Nan menang rayuan kes rasuah RM2 juta



PUTRAJAYA: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, hari ini dilepas dan dibebaskan atas tuduhan menerima RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan lima tahun lalu.

Mahkamah Rayuan, dengan majoriti 2-1 dalam membenarkan rayuan Ahli Parlimen Putrajaya itu terhadap sabitan dan hukumannya, berkata saksi pendakwaan menyokong hujah pembelaan bahawa wang itu adalah sumbangan politik.


“Pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan. Ada kesilapan boleh dirayu yang membenarkan campur tangan rayuan. Oleh itu, sabitan itu tidak kukuh,” kata pengerusi panel, Suraya Othman.

Ahmad Nasfy Yasin bersetuju dengan Suraya manakala Abu Bakar Jais membuat penghakiman bertentangan.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Dis tahun lalu mendapati Ku Nan bersalah menerima wang daripada Pengarah Aset Kayamas Chai Kin Kong, walaupun mengetahui syarikat-syarikat ahli perniagaan berkenaan mempunyai urusan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan ketika itu.

Ku Nan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan didenda RM2 juta. – FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

Join our Telegram Channel
Telegram