Rayer kekal, Adik Guan Eng calon muka baharu



Adun Seri Delima Syerleena Abdul Rashid dan Senator Lim Hui Ying merupakan dua muka baru yang dipertaruhkan DAP Pulau Pinang untuk bertanding dalam PRU15.

Syerleena akan bertanding di Bukit Bendera menggantikan penyandang Wong Hon Wai manakala Hui Ying, adik kepada bekas ketua menteri Lim Guan Eng akan bertanding di Tanjung.

Penyandang kerusi parlimen Tanjung Chow Kon Yeow berpindah ke Batu Kawan bagi mengambil alih daripada Kasthuri Patto yang memutuskan untuk berundur.

Adik Lim Guan Eng, Lim Hui Ying.


Empat lagi kerusi akan ditandingi penyandang ahli parlimen - iaitu Bagan (Lim Guan Eng), Jelutong (RSN Rayer), Bukit Mertajam (Steven Sim Chee Keong) dan Bukit Gelugor (Ramkarpal Singh).

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pada Majlis Konvoi di Karpal Singh Drive.

“Senarai calon telah diluluskan sebulat suara oleh jawatankuasa pemilihan negeri dan pusat, justeru tidak perlu ada pertikaian.

"Lim Hui Ying akan meletakkan jawatan senatornya tidak lama lagi dan digantikan oleh wakil masyarakat India," kata Loke. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram