Tiada peranan untuk BN dalam kerajaan PN, jumpa pun tak mahu, dedah Saarani



PETALING JAYA: Barisan Nasional Perak menyahut kerjasama dengan Pakatan Harapan selepas mendapati BN tidak ada sebarang peranan dalam kerajaan Perikatan Nasional, dedah Pengerusinya, Saarani Mohamad.

Saarani berkata BN Perak mengambil inisiatif selepas mendapati kedua-dua gabungan itu tidak boleh duduk semeja dan membentuk kerajaan, meskipun memperoleh jumlah kerusi lebih banyak berbanding BN.

Katanya, PH menemui beliau dan menawarkan peranan kepada BN dalam kerajaan baharu.


“Pertama, BN akan diberi jawatan menteri besar. Esok, ada tiga orang EXCO daripada BN akan angkat sumpah, dan ditambah seorang lagi ialah speaker Dewan Undangan Negeri. Maknanya, kami diberi peranan dalam kerajaan perpaduan ini.

“Berbanding dengan PN, mereka tidak mahu datang berjumpa saya untuk berunding atau memberi apa-apa peranan.” – FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL



Join our Telegram Channel
Telegram