Lima ADUN PH dibenar guna Japerun



MELAKA: Kerajaan negeri masih menunggu petunjuk kepemimpinan tertinggi parti berhubung corak kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Melaka, termasuk melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) oleh lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, meskipun belum ada isyarat jelas, kesemua ADUN PH yang membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri ini dibenarkan menggunakan Japerun bermula tahun depan.

Menurut beliau, kebenaran tersebut diberikan agar mereka dapat berkhidmat kepada masyarakat, namun perlu mengekalkan kakitangan Japerun sedia ada.

“Kita menunggu petunjuk yang hari ini adalah Kerajaan Perpaduan. Saya tunggu isyarat di peringkat Persekutuan dulu dan Melaka seperti saya katakan, kita kekal.


“Seperti mana yang saya telah maklumkan, rakan-rakan Perpaduan boleh menggunakan Japerun untuk mereka berkhidmat kepada masyasulaiman md 
Turut hadir tiga ADUN PH iaitu ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee; ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin dan ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan, PH Melaka mengesahkan membentuk Kerajaan Perpaduan bersama BN di negeri ini selaras dengan perkembangan politik semasa di peringkat Persekutuan.

Ini bermakna lima ADUN PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dahulunya berada dalam blok pembangkang bersama dua lagi ADUN Perikatan Nasional (PN), kini bertukar posisi ke blok kerajaan.


Dalam pada itu, mengulas berhubung kebenaran penggunaan Japerun, Chee Yee berkata, PH menyambut baik kesudian kerajaan negeri berkongsi platform untuk membolehkan mereka memberi khidmat lebih baik kepada rakyat.

Tegasnya, PH Melaka tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut termasuk meminta jawatan ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri sebelum ini.

“Di peringkat PH, kami tidak pernah menuntut apa-apa jawatan atau keistimewaan setakat ini. Dia (Ketua Menteri) umumkan perkara itu berdasarkan semangat Kerajaan Perpaduan di Persekutuan.

“Dia hendak berkongsi apa-apa kemudahan dan sebahagiannya terpulang kepada kerajaan negeri. Cuma di peringkat kami tidak pernah dibincangkan. Pertemuan tempoh hari menjurus kepada isu-isu besar rakyat dan kedudukan Ketua Pembangkang pada Sidang DUN,” katanya. – Utusan


ARTIKEL BERKAITAN:
 

Join our Telegram Channel
Telegram