“Kurang ajar” – YB Pas dikecam beri rakyat ikan macam bagi kucing kurap makan, plastik pun tak boleh beli ke?



Tular video seorang ahli Pas yang memberi sumbangan ikan seperti mahu memberi kucing makan tanpa melapik dengan plastik.

Ahli politik yang dipercayai mewakliki ADUN Chukai, Terengganu dilihat sedang memberikan bantuan barang basah berupa seekor ikan kepada penduduk kawasan sekitar.

Sebelum ini ahli Pas tersebut pernah tular insiden makan nasi dengan air oren yang dilihat sebagai untuk mengkritik Menu Rahmah.


Seorang pengguna Twitter, @lagacawan memuat naik video tersebut sambil mengkritik ahli politik tersebut.

“Masa dia makan nasi campur air oren hari tu mesti korang semua rasa dia bodoh maksimum dah.

“Kita silap, rupanya lebai Pas ni tak berhenti setakat itu. Dia terus bodoh malah menghina pula pengundi kawasan dia,” ujarnya.

Netizen pula mengkritik bagaimana ahli politik itu dilihat sebagai tidak beradab walhal beri kucing makan pun lebih elok.


“Sembang pasal melayu, adab hantar makanan ke rumah orang pun gagal. Saya kat terengganu kalau hantar mcm ni kt jiran mmg mak bebel sampai malam.

“Malu katanya macam tak ada adab,” komen @ayuni_mohamad.

“Nak bagi kucing makan pun aku bagi dengan pinggan. Apa la nasib orang ganu (Terengganu),” tambah pengguna lain. − Malaysiadateline






Join our Telegram Channel
Telegram