Zuraida umum sokong PN selepas ditolak PH-Umno



PUTRAJAYA: Bekas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hari ini secara terbuka mengumumkan akan menyokong Perikatan Nasional pada enam PRN yang dijangka diadakan Jun nanti.

Zuraida berkata, beliau berpendirian untuk tidak menyokong Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kerana dua gabungan itu telah pun membentuk kerajaan gabungan.

“Saya nak umumkan saya akan menyokong PN untuk PRN nanti.


“Saya bukan sokong PH atau BN sebab mereka (sudah) bentuk kerajaan gabungan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Dialog ‘Sepentas Perjuangan Yang Hilang’ yang turut dihadiri Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar.

Sementara itu, ditanya mengenai penyertaannya dalam Muafakat Nasional (MN), Zuraida berkata, MN dapat memberikannya platform lebih besar untuk terlibat dalam kerja badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

“Jadi saya boleh buat aktiviti di peringkat akar umbi menerusi penglibatan di peringkat NGO ini,” katanya. – FMT



Join our Telegram Channel
Telegram