Dakyah Kristian kepada pelajar Muslim di Perak, Cameron Highlands



Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan wujud gerakan Kristianisasi menyasarkan golongan kanak-kanak Islam, yang didakwa semakin terbuka menyebarkan dakyah di Semenanjung Malaysia.

Pendedahan dikongsikan beliau menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, yang turut memuat naik satu video bertajuk ‘anak muslim menjadi sasaran pemurtadan pendakyah Kristian dari Korea Selatan di Malaysia.

Video berdurasi hampir dua minit itu memaparkan kumpulan warga Korea Selatan mengadakan aktiviti – didakwa bagi menyebarkan dakyah Kristian – menyasarkan kanak-kanak, termasuk yang beragama Islam.


Loading...

Firdaus berkata, menerusi video berkenaan, program terbabit berkemungkinan berlaku di Perak berdasarkan baju yang dipakai kanak-kanak tertera Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi – iaitu di Tanjung Tualang.

“Mereka tidak lagi bersembunyi dalam menyebarkan agama Kristian kepada muslim di Semenanjung Malaysia.

“Dahulunya mereka menafikan adanya gerakan dakyah Kristian tetapi apa pula alasan mereka kali ini atau tetap mahu menafikan kewujudan gerakan kristianisasi?,” katanya.

Beliau menyifatkan tindakan gerakan berkenaan memuat naik video dakyah itu seolah-olah mencabar Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, yang melarang penyebaran agama bukan Islam terhadap orang Islam.


Loading...

Firdaus juga turut mendedahkan wujudnya gerakan Kristianisasi Korea di Malaysia membabitkan pelajar-pelajar muslim di Cameron Highlands.

Beliau turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan – aktiviti-aktiviti dakyah termasuk poster – juga terpapar tulisan ‘Dakyah Kristian Korea bersama pelajar muslim di gereja Cameron Highlands’.

Umat Islam mendesak agar perkara ini disiasat dan dapa dibenteras dengan kadar yang segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. – Ismaweb/Cinca


Loading...


Please subscribe



Loading...




Loading...






Join our Telegram Channel
Telegram