Tinjauan: Rakyat Malaysia paling tak gembira dengan gaji



PETALING JAYA: Pekerja Malaysia didapati paling tidak gembira dengan gaji di Asia, kata tinjauan oleh syarikat perekrutan Hays Asia.

Menurut kajian yang dijalankan dari Ogos hingga Oktober 2019 itu, 46% daripada 900 yang ditinjau sama ada “tidak berpuas hati” atau “sangat tidak berpuas hati”.

Seramai 6,000 responden yang ditinjau di serata Asia, termasuk di China, Singapura, dan Jepun.

Loading...

“Ini mungkin suatu faktor kompaun dalam jangkaan gaji tinggi daripada pekerja yang tidak sama dengan jangkaan majikan, mewujudkan potensi berlakunya jangkaan gaji yang tidak padan pada 2020,” kata Hays Asia dalam kenyataan.

Kajian itu juga mendedahkan Malaysia melaporkan bilangan pekerja memohon kenaikan gaji yang tertinggi di Asia tetapi tidak menerimanya tahun lalu, iaitu pada 24%.

Majoriti menjangkakan kenaikan antara 3% dan 6%, manakala yang lain menjangkakan kenaikan lebih daripada 10%, katanya.

Loading...

Sekitar 20% pekerja pula tidak menjangkakan gaji pekerja akan berubah sama sekali, yang tertinggi di Asia berkata demikian.

Tinjauan juga mendapati Malaysia ada bilangan responden tertinggi yang mencari kerja baru di Asia, iaitu 52%, dengan gaji sebagai alasan utama berbuat demikian.

Bagaimanapun, kajian mendedahkan gaji bukan sebab utama pekerja kekal bersama sesebuah syarikat, dengan 41% responden berkata “keseimbangan hidup-kerja”.

Loading...

Hanya 38% memberi alasan “gaji atau pakej manfaat”, diikuti “lokasi tempat kerja” (37%), dan “gaya pengurusan dan budaya syarikat” (36%).

Rakyat Malaysia juga menganggap “latihan dan peluang pembangunan” lebih penting berbanding pasaran Asia lain.

“Ini menunjukkan walaupun orang profesional di Malaysia mungkin tertarik dengan upah lebih tinggi, manfaat yang memudahkan keseimbangan hidup-kerja dan kesukaran seperti perjalanan ke tempat kerja atau bantuan meningkatkan kemahiran kunci kepada mengekalkan mereka berbanding gaji.”

Loading...

Pengarah Urusan Hays Malaysia, Tom Osborne berkata memandangkan penghijrahan cerdik pandai berterusan menyebabkan bakat-bakat terbaik keluar negara, adalah penting untuk pertubuhan-pertubuhan menawarkan lebih banyak insentif untuk menarik dan mengekalkan bakat terbaik.

Insentif itu boleh jadi dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan, katanya. Menghadapi jangkaan gaji yang tidak sepadan, pertubuhan-pertubuhan boleh tumpu pada pakej manfaat yang lebih holistik yang boleh mengurangkan kebimbangan pekerja.

Tumpuan lain adalah pada meningkatkan kemahiran, sesuatu yang calon dan perhatian boleh beri perhatian, tambahnya. – Mkini


Join our Telegram Channel
Telegram