Sebak, terpaksa sarung plastik sampah sebelum jumpa pesakit Covid-19



Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan kes kematian kesepuluh adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun.

Korban terbaru itu merupakan pesakit kes ke-259 dan mempunyai kaitan dengan kluster tabligh.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020 setelah mengalami simptom pada 8 Mac 2020.

“Beliau telah disahkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau semakin merosot.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang, 22 Mac 2020,” kata Noor Hisham dalam kenyataan medianya petang ini.


Loading...

Begitulah seriusnya wabak Covid-19 ini dan mereka di ‘frontliners’ terpaksa menghadapinya setiap hari apatah lagi ketika ini mereka kekurangan kakitangan hasil dari sekatan dari pengambilan kakitangan baharu oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Petugas kesihatan khas yang terlibat ini perlu memakai pakaian khas, ‘Personal Protection Equipment’ (PPE) untuk mengambil sampel pesakit yang berpotensi dijangkiti virus Covid-19.

Pakaian tersebut perlu ditukar setiap kali masuk berjumpa dengan pesakit dan setiap pesakit pula mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk satu-satu prosedur.

Bayangkanlah kepanasan yang dirasai setiap kali memakai sut tersebut dan peluh yang mengalir dan bertakung  di dalamnya.

Ada ketika masa yang diambil untuk merawat pesakit boleh mencecah sehingga enam jam. Sudah tentu mereka perlu berdiri selama itu.


Loading...

Terkini, tular beberapa video menunjukkan kakitangan di hospital terpaksa menggunakan plastik sampah untuk membalut badan dan kepala mereka kerana kehabisan sut khas.

Satu video menunjukkan beberapa kakitangan membantu kaki seorang kakitangan wanita dengan plastik sebelum masuk untuk berjumpa dengan pesakit Covid-19.

Video kedua pula menunjukkan beberapa kakitangan sedang membantu membalut seorang kakitangan lelaki lain dengan plastik sampah.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa sebak dengan apa yang perlu dilalui oleh frontliners selain marah dengan kerajaan terdahulu yang mengambil sikap sambil lewa menangani masalah wabak Covid-19 sehinggakan segala perkakasan dan keperluan untuk menangani wabak tidak mencukupi.


Please subscribe

Menurut seorang Doktor Pakar Kanak-Kanak, Hairin Anisa Tajuddin, Menteri Kesihatan yang baharu Dr Adham Baba telah mewarisi satu kementerian yang benar-benar teruk dari kerajaan PH terdahulu.

Namun Dr Adham Baba telah melakukan pelbagai penambahbaikan secara drastik di dalam tempoh 20 hari ini berbanding dengan 22 bulan ketika Dr Dzulkefly Ahmad menjadi menteri.

“Actually dlm KKM ada banyak musuh dalam selimut yg memberi tekanan kpd YBMK Dr Adham Baba...saya tahu dan semoga beliau tabah & bersabar.

“Banyak dah perkara yg YB MK buat selama baru 20 hari memegang jawatan. Berbanding dgn Dr Dzul 22 bulan yg TAK BUAT PREVENTION drpd awal...wlpn konsep medical PREVENTION IS BETTER THAN CURE. Mantan menteri2 include Dr Dzul membenarkan semua pembawa2 drpd China ke Malaysia tanpa sekatan...bukti kat suratkhabar dan you tube ada...google ajelah.” katanya.



“Banyak dah perkara yg YB MK buat selama baru 20 hari memegang jawatan. Berbanding dgn Dr Dzul 22 bulan yg TAK BUAT PREVENTION drpd awal” – Dr Pakar



Di dalam masa 20 hari ini Dr Adham Baba telah meluluskan lebih daripada RM259 juta peruntukan untuk digunakan membeli ubat-ubatan dan peralatan yang diperlukan.

Dikatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyalurkan sumber ini kepada 26 hospital di seluruh negara bagi menangani gelombang kedua wabak COVID-19.

Selain itu, pemberian elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan sebagai tanda penghargaan kepada petugas awam barisan hadapan di dalam memerangi COVID-19.

Dr Adham juga telah menutup pintu masuk negara dan berunding dengan Singapura supaya menutup pintu masuk di selatan Malaysia selepas 2 hari dia pegang jawatan menteri itu.

Beliau juga mengerahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengawal jarak antara rakyat "social distancing for flatten the curve". – Cinca



Join our Telegram Channel
Telegram