Meroyan setiap 10 minit di twitter, netizen nasihat Mujahid istighfar



KUALA LUMPUR – Tindak-tanduk Datuk Seri Mujahid Yusof memuat naik gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan #notmypm nampaknya ‘memakan’ diri sendiri.

Ini kerana, bekas Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri itu teruk dikecam oleh netizen.

Pemegang akaun razmeel@razmeel berkata, disebabkan kuasa Mujahid hilang kewarasan anda sebagai bekas Menteri Agama.

Loading...

“Kerana kuasa, hilang kewarasan anda sbg mantan menteri agama. Igt, anda dulu pun dpd PAS terjun masuk PAN ya. Sebab apa? Kuasa? Pentingkan diri? Allah bagi nikmat & Allah jua yang tarik nikmat. Ingat tu!!,” katanya.

Eqhwan pula menyifatkan Mujahid sebagai Menteri Agama paling teruk dalam sejarah ketamadunan manusia.

Malah, Eqhwan turut meletakkan gambar Mujadi dengan perkataan Not My Menteri Agama.

Loading...

Netizen yang menggunakan akaun muinme menyelar tindakan Mujahid itu dengan menyatakan jawatan yang paling sesuai untuk beliau ialah ‘pembangkang yang menyalak’.

Manakala jebat hutan secara sinis meminta Mujahid menonjolkan akhlak yang baik kerana kita mencontohi sunnah.

Mael_Hydra minta Mujahid berhenti membuat ciapan seperti cybertrooper kerana beliau adalah bekas menteri.

Loading...

Justice4Adib pula berkata: “Alhamdulillah akhir mandat rakyat sebenar telah dimartabatkan. Semoga pan dan rakan-rakan mengambil pedoman kerana mengambil kuasa dari jalan fitnah, pembohongan dan pengkhianatan terhadap rakyat”.

Malah, tidak kurang juga netizen-netizen menempelak Mujahid dengan berkongsikan kenyataan-kenyataan media pemimpin DAP berhubung isu agama Islam, Melayu dan Bumiputera, penjawat awam dan ratifikasi ICERD.

Seorang netizen yang memegang akaun superb@superb83764880 turut membidas Mujahid dengan menyatakan: “Ni PM Malaysia. Kalau rasa bukan PM saudara, sila PM tepi forever”.

Loading...

Wazzupp mendakwa Mujahid meroyan kerana setiap 10 minit beliau akan Tweet.

Ada juga netizen yang memberi nasihat kepada Mujahid.

hashim ahmad shiyuti berkata: “YB berhikmah dan berakhlak jauh lebih baik. Tak rugi untuk memuliakan yang lain biarpun ia bukan kawan kita”.

Adi アディ@adiycodei meminta Mujahid banyak beristighfar. – MalaysiaGazette


Join our Telegram Channel
Telegram