TERKINI: Malaysia catat 8 kematian Covid-19



SHAH ALAM - Malaysia mencatatkan lima kematian baharu akibat wabak koronavirus (Covid-19), menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah lapan orang.

Kematian keempat membabitkan seorang lelaki berusia 50 tahun yang dirawat di Hospital Melaka pada 12 Mac lalu dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection.

Sementara dua lagi kematian berlaku di Sarawak membabitkan ibu dan anak perempuan dari satu keluarga yang sama masing-masing berusia 79 dan 40 tahun.


Loading...

Manakala bagi ketujuh melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun dan kes kelapan melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit di Hospital Melaka itu diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima dimasukkan di wad isolasi.

Bagaimanapun, katanya, tahap kesihatan mangsa semakin merosot ketika dalam penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum meninggal dunia jam 1.30 pagi semalam, kurang 24 jam daripada kematian ketiga membabitkan seorang pesakit di Hospital Tawau, Sabah semalam.

“Dukacita dimaklumkan sepanjang tempoh 24 jam yang lalu, terdapat dua kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak empat.


Loading...

“Kes kematian ketiga dimaklumkan melalui siaran di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan malam tadi (kelmarin) melibatkan kes ke-152 yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

“Pesakit kes ini dirawat di ICU Hospital Tawau dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.27 petang,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada sidang media itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa kes positif Covid-19 di negara ini mencatat peningkatan apabila 153 kes baharu dilaporkan setakat 12 tengah semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,183 kes.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, daripada jumlah itu sebanyak 90 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Sehingga kini, seramai 37 kes positif Covid-19 sedang dirawat di ICU termasuk 23 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 27 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini (semalam) menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan discaj daripada wad adalah sebanyak 114 kes,” katanya.


Loading...

Sementara itu, di KUCHING, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengesahkan dua kematian akibat Covid-19 di negeri itu.

Dalam kenyataannya, JPBNS memaklumkan bahawa kematian membabitkan ibu dan anak perempuan bersuia "Mangsa pertama keluarga itu meninggal dunia pada jam 2 pagi pada Rabu lalu (18 Mac), manakala mangsa kedua meninggal pada 1 petang ini.

“Seorang lagi ahli keluarga ini masih dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal.

“Laporan kes kematian yang pertama akibat Covid-19 dari keluarga ini lambat diterima dari hospital swasta yang merawat kes kerana menunggu keputusan ujian makmal yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, Sarawak semalam mencatatkan pertambahan 10 lagi kes baharu Positif Covid-19 menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 68 kes sejak pertama dilaporkan pada 13 Mac.

Dua kes baharu dirawat di Hospital Umum Sarawak, menakala lima kes di Hospital Sibu, dua di Hospital Bintulu, manakala seorang meninggal dunia di Kuching semasa keputusan ujian pengesahan diperoleh. – Sinar

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram