Mustahil peniaga burger fitnah – Zahid



KUALA LUMPUR; Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau kasihan dengan nasib seorang pengusaha burger Yang videonya sedang Tular di Facebook sejak semalam.

“Saya kasihan dengan nasib pengasas Hot Burger.



“Mustahil dia buat fitnah. Kepentingan dia cuma mahu penguatkuasa dijalankan secara berkesan”, jelas Zahid dalam laman Facebooknya.

Katanya lagi, “aktiviti judi haram berleluasa. Yang menjadi mangsa mereka yang berpendapatan rendah tetapi mahu cepat kaya. Akhirnya mereka merana”.

“Secara peribadi saya menyokong tindakan penutupan premis judi disegerakan” katanya.



Sejak kelmarin, tular di media sosial, video seorang pengusaha burger yang mendakwa peniaga asing dan pengusaha kedai judi online bebas beroperasi sedangkan gerai pengusaha burger sepertinya, dikenakan tindakan sita dan sebagainya.

Dalam video berkenaan, beliau turut menunjukkan beberapa lokasi gerai peniaga asing serta premis yang didakwa sebagai kedai judi online ini dan bagaimana tiada tindakan dikenakan ke atas mereka. – SuaraTV

ARTIKEL BERKAITAN:











Join our Telegram Channel
Telegram