‘Game On’, Najib setuju debat dengan Anwar isu Sapura



PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak setuju untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengenai isu syarikat Sapura Energy Berhad (SEB).

Beliau meminta pasukan Anwar dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengaturkan dengan media sekiranya ada pihak yang berhasrat menyiarkan debat itu secara langsung.

“Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. ‘Let’s rock’.


“Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau bersedia berdebat dengan Najib pada bila-bila masa.

Semalam, Najib menyahut cabaran debat Rafizi berhubung isu syarikat terbabit tetapi berkata ia perlu disertai Anwar.


Dalam pada itu, Najib juga berkata, beliau sudah menjawab semua kenyataan Rafizi setiap kali naib presiden PKR itu memuat naik isu Sapura di Facebooknya.

“Setakat ini, dia cuma buat posting tiga kali berhubung isu ini.

“Ketiga-tiga sanggahan Rafizi, saya sudah jawab siap dengan fakta dan bukti,” katanya.



Join our Telegram Channel
Telegram