Ibu lumur cili pada mata anak ketagih ganja



DEK terlalu geram dan marah kerana anaknya lelakinya ketagih ganja, seorang ibu bertindak melumur serbuk cili pada mata remaja berusia 15 tahun tersebut.

Wanita itu mengikat anaknya pada tiang dan mula melumur serbuk cili pada mata remaja tersebut sebagai hukuman kerana ketagihannya.

Video kejadian yang berlaku di Kodad, Telangana menjadi tular di media sosial pada Isnin.


Kedengaran anak lelakinya menjerit kerana kepedihan manakala beberapa jiran pula menasihati si ibu supaya mencurah air.

Wanita itu membuka ikatan anaknya hanya selepas remaja itu berjanji untuk meninggalkan tabiatnya menghisap ganja.

Video tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial sama ada kaedah sedemikian berkesan untuk mengurangkan kes ketagihan dalam kalangan remaja. - India.com





Please subscribe

 
Join our Telegram Channel
Telegram