[Video] Polis Sepanyol musnah ladang ganja terbesar di Eropah, luas seperti 67 padang bola sepak (8 gambar)



MADRID: Penguatkuasa Awam Sepanyol dan polis di wilayah Navarre di utara negara ini mengesahkan pihaknya mengesan ladang ganja haram terbesar di Eropah.

Lapor agensi berita Xinhua, ladang itu ditemukan di antara bandar Artajona dan Olite di Navarre yang berkeluasan 67 hektar dan mengandungi hampir 415,000 pokok ganja.

Dalam operasi yang dijalankan, tiga suspek ditahan kerana mengendalikan sebuah gudang besar di Artajona.


Gudang itu dipercayai digunakan untuk mengeringkan ganja menggunakan sistem pengudaraan dan kawalan suhu sebelum diedarkan.

Anggota polis turut memintas sebuah trak yang dalam perjalanan ke Itali dengan membawa 23,000 ganja kering, manakala 13,000 pokok lagi ditemukan dalam gudang tersebut.

Polis memaklumkan, semua tanaman itu dimusnahkan, termasuk pokok yang masih hidup di ladang terbabit. – Agensi



Please subscribe














Join our Telegram Channel
Telegram