Turki memilih untuk berbaik semula dengan Israel selepas hampir satu dekad tidak bertegur sapa.
Ini merupakan kemajuan penting selepas pertemuan antara Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Isaac Herzog diadakan di Ankara Mac lalu, lapor Al Jazeera.
Sebelum ini, hubungan kedua-dua negara berada pada tahap yang ampuh disebabkan serangan Israel yang mengorbankan 10 orang awam di atas kapal Turki ketika mereka hendak menyekat Semenanjung Gaza, Palestin.
“Keputusan untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara kepada hubungan diplomatik penuh dan mengembalikan duta dan konsul jeneral kedua-dua negara,” kata kenyataan pejabat Lapid.
“Ini adalah aset penting untuk kestabilan serantau dan berita ekonomi yang sangat penting untuk Israel,” tambahnya.
Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu mengesahkan ini.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kepada negaranya bahawa beliau tidak akan meninggalkan sokongan terhadap Palestin.
Cavusoglu berkata keputusan itu akan membolehkan negaranya melobi kepentingan Palestin di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Selain UAE, Turki, Mesir, Jordan sudah lama jalin hubungan dengan Israel
- Erdogan telefon Presiden Israel, mahu kukuh hubungan Turki-Tel Aviv
- Turki kini berkawan dengan Israel, mahu pulihkan hubungan
Join our Telegram Channel