PETALING JAYA: Selepas beberapa hari dipecat dari Umno, bekas ketua Umno Selangor Noh Omar dihalang menggunakan sebuah dewan yang dinamakan sempena namanya sendiri yang terletak di kawasan Parlimen di mana beliau menjadi wakil rakyat selama 27 tahun.
Menurut laporan Malaysiakini, Noh sepatutnya memberi penjelasan kepada penyokongnya di Dewan Tan Sri Noh Omar yang terletak di Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang pada jam 3 petang hari ini.
Bagaimanapun, apabila penyokongnya tiba di dewan itu mereka terkejut apabila melihat satu notis penangguhan di pintu pagar.
Notis itu menyatakan acara itu terpaksa ditangguhkan atas “sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan”.
Setiausaha Umno Tanjong Karang Jasman Anuar mendakwa pengurusan institut itu diarahkan oleh pihak atasan untuk melarang Noh daripada menggunakan dewan tersebut.
“Dewan tak boleh digunakan. Ada arahan untuk halang Noh,” katanya yang dipetik Malaysiakini.
Bagaimanapun, Jasman berkata beliau tidak menyalahkan pihak pengurusan institut itu kerana faham bahawa mereka tiada pilihan.
Katanya, mereka menjangkakan kehadiran yang besar pada majlis itu kerana ramai penyokong Noh sudah setuju untuk hadir, terutama setelah apa yang menimpa bekas ketua Umno Tanjong Karang itu.
Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu bersama bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dipecat dari parti itu pada Jumaat lalu kerana melanggar disiplin parti semasa PRU15.
Noh dan Khairy sebelum ini menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai presiden parti berikutan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional pada PRU15.
Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan dan beberapa pemimpin lain termasuk bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein; bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif; dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang pula digantung keahlian selama enam tahun. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Khairy, Noh dipecat; Hishammuddin, Shahril digantung – Sumber
- Selain 4 pemimpin UMNO, ratusan ahli dipecat, digantung keahlian – Bung
- Kemasukan KJ ke PKR perlu dibincang – Rafizi
- ‘Saya takkan tunduk, patah semangat’, respon KJ selepas dipecat Umno
- 16 tuduhan ‘sabotaj’ parti punca Noh dipecat, kata Umno Selangor
- Puad: H2O tak serik, penggerak utama SD sokong Muhyiddin
- Apa sudah jadi pada UMNO? – Muhyiddin
- Merayu? Maaflah, kata Shahril selepas digantung keahlian Umno
- Peguam sahkan pecat, gantung ahli UMNO sah ikut perlembagaan parti
- PKR mungkin 'tutup pintu' buat KJ
- Tak akan rayu pemecatan – KJ
- Noh Omar dilarang guna dewan yang dinamakan sempena namanya
Join our Telegram Channel