David Teo dikecam terbit filem Cikgu Suraya



David Teo dikatakan bakal menerbitkan filem terbaru mengisahkan cerita Cikgu Suraya'.

Penerbit filem itu turut memuat naik gambar pelakon baharu Chumiee Omey yang akan mengalas watak sebagai Cikgu Suraya dengan memakai kebaya ketat dan jarang berwarna hijau sehingga menampakkan baju di bahagian dalam dengan imej yang agak 'seksi'.

Perkongsian tersebut mendapat kecaman dan tentangan dari netizen. Rata-rata berpendapat drama atau filem yang akan diterbitkan itu akan merosakkan imej seorang guru dan merosakkan minda murid-murid.


Loading...

Bukan itu sahaja, persalinan yang dipakai oleh pelakon itu juga sama sekali tidak melambangkan kerjaya mulia seorang guru dan secara tidak langsung merendahkan martabat guru-guru dia mata masyarakat.

Tidak dinafikan, apabila menyebut sahaja nama Cikgu Suraya pastinya ramai yang akan mengaitkan dengan satu watak daripada cerpen kontroversi era 90-an dan kisah disebalik nama tersebut.

Sekitar era 90-an watak Cikgu Suraya menjadi viral kerana ia merupakan watak seorang cikgu di dalam cerpen lucah. Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Wajarkah cerita sebegini dijadikan sebagai drama atau filem? – Cinca?


Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram