Muhyiddin, pemimpin PN hadir acara tarian separuh bogel undang tanda tanya



Pemimin Perikatan Nasional (PN) disajikan dengan persembahan tarian yang meriah pada majlis makan malam yang menyaksikan kira-kira 800 orang hadir pada malam tadi.

Majlis anjuran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin di Johor Bahru itu turut menyaksikan kehadiran ahli-ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat Cina.

Antara tokoh yang dikenali ramai ialah taikun Tan Choon Hwa yang juga Pengerusi Eksekutif TCH Resources Group.

Dia juga memegang jawatan pengarah dalam pelbagai syarikat yang terlibat dalam pembayaran elektronik, hartanah, pembuatan dan perkhidmatan.



Pada majlis makan malam itu, nama tetamu kehormat terpampang dipaparkan pada skrin projektor gergasi. Mereka termasuk Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Presiden Gerakan Dominic Lau.

Ahli perniagaan yang hadir berkenaan duduk sebaris bersama pemimpin PN di meja panjang di hadapan pentas tersebut. Turut hadir merupakan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ahli-ahli perniagaan tersebut dilihat sedang asyik berbual dengan pemimpin politik terbabit sambil disajikan dengan tarian-tarian yang mana penarinya berpakaian kurang sopan.

Sementara itu, hadirin lain - yang hadir duduk memenuhi kira-kira 80 buah meja - yang ditempatkan di bekalang tetamu kehormat dan mereka dijamu dengan hidangan Cina.

Dalam persembahan itu, semua tetamu dihiburkan dengan beberapa siri tarian yang digandingkan dengan lagu popular penyanyi antarabangsa seperti Candyman dan Ain't No Other Man oleh Christina Aguilera, Pump It oleh Bond dan Upside Down oleh Paloma Faith.

Makan malam besar itu diadakan di tengah-tengah kempen bagi pilihan raya Johor.



Bagaimanapun, tidak jelas siapa sebenarnya yang menganjurkan acara itu kerana ahli-ahli perniagaan yang hadir kelihatan 'malu-malu' untuk memberikan penjelasan.

Tambah Lau, dia tidak mengetahui tentang persembahan pada majlis itu kerana ia telah diatur oleh penganjur lebih awal.

Pengguna media sosial mempersoalkan tindakan pemimpin Perikatan Nasional terutamanya Muhyiddin Yassin yang dikenali sebagai anak kepada seorang ulama yang menghadiri majlis yang mengandungi tarian dari penari-penari dengan pakaian yang boleh dikatakan separuh bogel.

Pengguna media sosial juga mengungkit nasihat Muhyiddin kepada Najib Razak bahawa malu itu sebahagian daripada iman, tetapi dalam masa yang sama beliau menghadiri pertunjukan tarian yang tidak senonoh seperti itu.

Kempen untuk PRN Johor bermula pada 26 Feb. Rakyat Johor akan keluar mengundi pada 12 Mac. – Kosmo


Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram